Saturday, 9 April 2011

sememangnye CINTA itu buta :(

dear blogger : arini cukup menyedarkan aku bahawa CINTA bukanla segala2nya...aku rase da cukup aku mengalami kekecewaan selama ini dan tibe masanya aku lupakan segala2 nya..mungkin dulu aku terlalu mengagung2kan CINTA sehingga aku terlalai dan mengalami kekecewaan..tapi macam mane nk ubati kelukaan hati ni eh?aku xtaw kenapa diri aku jadi lemah mcm ni sejak semangat diri aku hilang entah kemana..aku ni sebenarnye pandai nak nasihat orang supaya sentiasa tabah and kuatkan semangat tapi entah kenapa semangat diri and ketabahan aku hilang bile menghadapi semua ni..da la aku tengah risau dengan keadaan abah yang akan di operate bln 5 ni..ya allah ya tuhan ku tabahkan la hati hamba-Mu ini Ya Allah supaya hamba-Mu ini dapat melalui semua ujian-Mu itu :(..aku harap semua akan berjalan dengan lebih lancar lepas ni..dan aku harap dengan perpisahan ini akan dapat membuatkan aku lebih matang dalam menghadapi ape2 saje rintangan..mang sukar nk lupakan sume ni dalam sekelip mate tapi aku akan cube sedaya upaya supaya sume ini x akan berlaku lagi..aku dah terlalu membuang masa dengan CINTA hinggakan aku gagal menentukan mase depan aku sendiri :(..mak abah dah terlalu banyak kecewa...aku harap selepas aku selesaikan sume masalah,aku nk berubah untuk mencari identiti hidup aku yang baru bak kata pepatah "buang yang keruh ambil yang jernih"...masih x terlewat kah untuk aku membuat 1 perubahan besar dalam hidup aku??aku harap masih ade ruang untuk aku berjaya di dunia dan di akhirat nanti :)...kali ini aku x akan membuang mase dengan hal yang remeh temeh lagi...aku akan fokus pada kehidupan dan mase depan aku untuk menyara mak dan abah pada masa yang akan datang dan tentang JODOH aku berserah semuanye pada takdir..biarlah takdir yang menentukan segalanya...dan aku akan berserah 100% pencarian jodoh aku pada mak abah saje kerana pilihan orang tua kita sememangnye yang paling terbaik untuk diri dan kebahagiaan kite :)....wassalam :))

Friday, 8 April 2011

kehidupan aku zaman kanak2 riang :)

dulu mase sekolah rendah banyak kenangan yang aku dapat.suka,duka,sedih dan macam ag dengan kawan2 aku.mase mula masuk sekolah rendah (darjah 1) aku ni bole diketogorikan sebagai pelajar malas la jugak (hehehe) selalu kne marah dengan cikgu azizah (aku ingat lagi nama cikgu yang x henti2 mengajar aku sampai aku faham pelajaran ni penting walaupun aku mule2 aku pemalas duk kelas zamrud je yang kedua terakhir)(hehehe).dulu aku ni sekolah rendah dalam kem askar bt10 je sebab abah aku seorang tentera.nama sekolah aku sekolah kebangsaan pangkalan tentera (maklumla anak tentera la katakan.hehehe)aku sayang sangat sekolah aku ni bahkan aku bangga yang aku penah jadi pelajar kat sekolah ni.masa naik darjah 2 pulak aku dinaikkan ke kelas 2 Intan iaitu kelas ketiga (bagi aku itu kelas cerdik la jugak berkat usaha cikgu azizah mengajar aku.terima kaeh cikgu)kemana agaknya cikgu azizah?da 13tahun aku x jumpa dye :(..okeyla balik pada cerita tadi..mase darjah 2 ni pulak aku x berapa ingat siapa namanya tapi yang penting aku igat nama ustazah yang mengajar aku agama dalam kelas 2 iaitu Pn Rohaya.dye baek sangat2 sampai aku sayang dye sangat2.disebabkan aku terlalu teryja belajar agama dengan dye,aku selalu mendapat markah periksa agama yg paling tinggi.markah yang paling tinggi penah aku dapat ialah 99%..wowww hebatkan?hehe..kalau x kerana ustazah rohaya ni aku x akan pernah akan dapat markah sebaik ini :)..tapi yang aku pelik bila naik je darjah 3 aku diturunkan kelmatik as ke kelas 3 topez??aiyooo pelik2.tapi xpela mungkin xde rezeki aku nak naik kelas.walaupun duduk dalam kelas bawah pon aku masih lagi minat belajar.nak2 pulak bile dapat cikgu matematik yang tegas,garang sangat2.walaupun dye garang tapi aku respect cikgu ni sangat2.name cikgu yang aku maksudkan ni ialah En Rashidi.aku ingat lagi sebelum je balik sekolah atau abes kelasnye,dye pasti akan menyoal kami semua tentang sifir2.siapa yang xdapat jawab,maknenye x akan dapat keluar kelas awal la.hehe..oleh disebabkan cikgu inilah aku pandai menghafal sifir dan matematik.terima kasih cikgu rashidi.usaha yang cikgu penah bagi pada saya x dapat saya balas :(..dan disinila jugak aku telah berkawan dengan yana,eida dan salina sampaikan kami masih berkawan sampai sekarang walaupun umur kami da 20 tahun.bayangkan dari umur 9 tahun da berkawan so da dekat nak 11tahun kami kenal.hehe..bile masuk ke darjah 4 pula,kami sama2 dimasukkan ke kelas yang sama iaitu 4 Intan.aku rasa kami semua duk 1 kelas sampai ke darjah 6.hehe..masa darjah 4 ni,aku and the gang sama2 masuk pancaragam.hehehe kongsi minat sama2 jugak ngan diorang ni :)..kerana minat aku yang mendalam cenderung ke arah pancaragam aku jadi leka dengan pelajaran aku.aku kerap x menyiapkan kerja sekolah yg cikgu selalu bagi kerana aku hanya leka mengikuti latihan pancaragam sehinggakan apabila waktu belajar malam aku abaikan dan hanya tidur sahaja.apabila masuk di darjah 5,sikap aku masih lagi x berubah2 tapi aku masih lagi kekal duduk di kelas yg sama iaitu 5 Intan lagi.kali ini aku mengenali seorang cikgu yang menyerupai seorang pelakon drama :)..aku pon jadi sayang pada cikgu ini :)..nama cikgu wanita yang aku maksudkan ialah Pn Zaiton Su.dye cantek sangat sampaikan aku teruja dengan raup mukanye yang manis walaupun garang.hehe..semasa di darjah 5 ini aku telah dilantik oleh Pn Ziton Su sebagai seorang penolong kelas di 5 Intan :)..walaupun aku x tahu bagaimana tugas seorang penolong ini kerana seumur hidup aku x penah di beri amanah sedemikian tp alhamdulillah aku dapat laksanakan tanggungjawab sebagai penolong kelas walaupun aku banyak kekurangan.semasa di darjah 6 pula,aku dan kawan2 sepermainan aku telah dinaikkan ke kelas 6 Delima.delima ini merupakan kelas ke2 di sekolah ini.dan segala masalah yang banyak aku hadapi ialah semasa berada di darjah 6 ini.aku selalu dipulaukan oleh kawan2 aku di atas sebab aku sendiri x pasti.wajarkah aku dihukum sebegitu?ternyata kawan2 yang aku kenal masa itu hanyalah kawan dikala kita senang,ramailah orang suka.jika mengalami masalah semua akan memulaukan kawan mereka yang menghadapi masalah.semasa di darjah 6 ini aku selalu di uji dengan pelbagai rintangan walaupun aku sendiri x kuat nak hadapinya.aku rasa jiwa aku pada waktu itu bagai nak gila apabila di layan sedemikian oleh kawan2 aku
kenapa diorang sanggup melakukan perkara mcam itu pada kawan mereka sendiri sedangkan aku sendiri x sanggup hendak menyakitkan hati kawan2 aku?pada waktu ini aku merasakan bahawa kejamnya dunia ini sehingga tuhan menghukum aku dengan memberi dugaan begini pada aku.sehingga sekarang aku x dapat menerima hakikat yang aku telah diperbodohkan oleh sahabatku sendiri.sampai sekarang aku walaupun rapat dengan sume kawan2 tapi aku langsung x mempercayai kawan2 aku lagi kerana aku x mahu merasakan rasa sakitnya hati apabila dipulaukan oleh kawan2 karib aku sendiri.tapi aku rasa pelik.x ade sedikit perasaan bersalahkah dalam hati mereka melakukan kawan mereka seperti itu?aku sendiri x sanggup nak sakiti hati mereka dan akan rasa cepat bersalah jika aku menyakitkan hati mereka.kerasnya hati batu mereka itu.kerana itu la aku tidak lagi mempercayai kata2 kawanku sehingga kini.memang betul kawan merupakan anugerah yang paling bernilai namun aku x pernah jumpa kawan yang sejati sepanjang hidup aku ini.aku rasa kawan sejati x penah wujud dalam dunia ini kerana mereka hanya mementngkan diri masing2 dan hanya memilih seorang yang ade pengaruh yang kuat untuk dijadikan kawan mereka.